img

Fungsi

Fungsi

Tanggungjawab dan Aktiviti Bahagian Pentadbiran Am dan Kewangan
Bahagian Pentadbiran dan Kewangan berfungsi sebagai:

Menyediakan anggaran Perbelanjaan
Pungutan Hasil
Perlesenan
Urusan Fail
Pengurusan Pejabat
Pentadbiran Pelbagai Undang-undang
Menguruskan Hal-hal Perjawatan
Urusan Tawaran Sebutharga
Perlantikan Ketua Daerah/ Ketua Anak Negeri / Wakil Ketua Anak Negeri / Pemimpin Masyarakat / Cina dan Ketua Kampung
Urusan Keselamatan
Urusan Kehakiman
Urusan Pilihanraya
Urusan Banci Penduduk
Menyelaras penggunaan komputer dan melaksanakan sistem-sistem komputer yang diperkenalkan oleh kerajaan (SISPAN, SISVOT, SISFAIL, dan SMAPAN) dan
Pengurusan kenderaan jabatan dan mesin-mesin pejabat
Tanggungjawab dan Aktiviti Bahagian Pembangunan
Bahagian Pembangunan terbahagi kepada tiga (3) bahagian kecil iaitu Bahagian Perancangan, bahagian Perlaksanaan dan Bahagian Projek Kecil

Bahagian Perancangan:
Bertanggungajwab ke atas perancangan pembangunan di peringkat daerah berdasarkan strategi pembangunan negeri. Pengumpulan data sosio-ekonomi, penyediaan peta-peta asas daerah dan sebagainya. Fungsi utama bahagian ini adalah merancang projek-projek pembangunan daerah berdasarkan data-data terkumpul termasuk Rancangan Malaysia Lima Tahun

Pengemaskinian maklumat-maklumat dalam bank data dan pelan pembangunan daerah juga menjadi salah satu fungsi bahagian ini. Bahagian ini juga menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Pembangunan Daerah.

Bahagian Perlaksanaan:
Bertanggungjawab ke atas penyelarasan perlaksanaan semua projek pembangunan di peringkat daerah, termasuk projek-projek kecil luar bandar yang diuruskan oleh Pejabat Daerah. Bahagian ini mengesan dan mengawasi perlaksanaan projek-projek dengan mendapatkan maklumbalas daripada agensi-agensi pelaksana dari masa ke semasa dan mengemaskini bank data mengenai tahap perlaksanaan sesuatu projek.

Bahagian Projek Kecil:
Bertanggungjawab ke atas perancangan dan pelaksanaan projek-projek kecil luar bandar yang dirancang sehingga projek itu siap dilaksanakan dengan jayanta. Perancangan projek hendaklah berasaskan pelan pembangunan daerah yang disediakan bahagian perancangan. Perlaksanaan projek termasuk urusan tender / sebutharga, pemeriksaan dan pengawalan projek dan pengesanan projek. Data mengenai tahap perlaksanaan projek hendaklah dihantar ke bahagian perlaksanaan untuk disimpan dalam bank data bagi tujuan pengesanan.

Secara keseluruhannya, Bahagian Pembangunan bertanggungjawab untuk menguruskan :

Perancangan Projek-projek pembangunan
Integrasi aktiviti-aktiviti pembangunan dan laporan kemajuan projek-projek luar bandar
Pengawalan dan pemeriksaan kemajuan projek-projek kecil luar bandar
Pentadbiran JKKK
Mengemaskinikan data-data di Bilik Gerakan
Merancang dan melaksanakan program-program pembasmian kemiskinan serta mengemaskini data-data Ketua Isi Rumah Termiskin
Menyelaras program-program pembasmian kemiskinan yang dirancangkan oleh agensi-agensi lain
Menyediakan Pelan Pembangunan Daerah
Menyelaras Pembangunan Ekonomi Daerah
Merancang Pembangunan Pelancongan Daerah
Tanggungjawab dan Aktiviti Bahagian Mahkamah
Mahkamah Anak Negeri
Pengwujudan bahagian ini adalah untuk memastikan kebajikan kaum-kaum yang tinggal di luar bandar terpelihara dan adat resam mereka terjaga. Kerajaan telah melantik ketua-ketua kaum seperti Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung untuk menganggotai Mahkamah Anak Negeri untuk mengadili sebarang kesalahan-kesalahan adat. Bahagian ini diketuai oleh seorang Ketua Daerah yang bertanggungjawab dalam semua urusan Mahkamah Anak Negeri seperti berikut:

Tuntut waris bagi anak Negeri yang bukan beragama Islam sahaja
Urusan Perkahwinan
Urusan Perceraian
Pentadbiran Ordinan Mahkamah Anak Negeri
Perbicaraan kes-kes yang ada kaitan dengan adat resam dan
Memproses permohonan mengangkat anak (adoption)