img

Latar Belakang

img

PENGENALAN

Daerah Beaufort terletak 90 km dari Kota Kinabalu di Bahagian Pedalaman, Sabah. Ia diterokai pada tahun 1898, dan tertakluk di bawah Pentadbiran Kerajaan British North Borneo (Syarikat Borneo Utara). Daerah ini dinamakan bersempena dengan nama seorang gabenor dalam Kerajaan British Utara iaitu L.P Beaufort.

Secara amnya, Daerah Beaufort meliputi kawasan seluas 1,735 kilometer persegi termasuk kawasan Daerah Kecil Membakut. Daerah ini bersempadan dengan daerah Sipitang di Selatan, Daerah Kuala Penyu di sebelah Barat, Daerah Tenom di Timur dan Daerah Papar di Utara.

Daerah Beaufort boleh dihubungi melalui jalanraya dan keretapi dari Kota Kinabalu. Berikut merupakan jalanraya yang menghubungkan Daerah Beaufort:

i. Jalanraya Kota Kinabalu/Beaufort : 90 km
ii. Jalanraya Papar/Beaufort: 54 km
iii. Jalanraya Kuala Penyu/Beaufort: 35 km
iv. Jalanraya Beaufort/Sipitang: 45 km
v. Jalanraya Beaufort/Tenom : 49 km

Pegawai-pegawai Daerah yang pernah bertugas di Daerah Beaufort adalah:

1.E.C Irving 1915 - 1955
2.JPC Bubrooke 1955 - 1956
3.I.C Peck 1956 - 1959
4.R.E Speedy 1959 - 1963
5.R.H Read 1963 - 1964
6.E.P Dallimmore 1964 - 1965
7.C. Stewart 1965 - 1966
8.Datuk Hywell George 1966 - 1968
9.Louis Che Su Yu 1968 - 1969
10.Megat Jaafar Megat Yunus 1969 - 1970
11.Taufeck Hj. Saman 1970 - 1971
12.Peter F. Majanggil 1971 - 1972
13.Justin G. Mak 1972 - 1973
14.Benjamin Mohamad 1973 - 1975
15.Edward E. Mujie 1975 - 1976
16.Sari Suhut 1976 - 1977
17.Datuk Tuanku Balanggung 1977 - 1982
18.Datuk Hj. Yusof Datuk Hj. Kassim 1982 - 1984
19.Jumahad Miassin 1984 - 1986
20.Ag. Ku Hussien Pg. Mohd Daud 1986 - 1988
21.Datuk Datu Z.A Tigabelas 1988 - 1994
22.Yeo Boon Hai 1994 - 1996
23.Mohd Yusuf Hj. Taha 1996 - 1998
24.Said Latip 1998 - 2003
25.Jaafar Hj. Ismail 2003 - 2005
26.Wong Foo Tin 2005 - 2007
27.Hj. Mohd. Sidek Hj. Abd Jubar 2007 - 2010
28.Wong Foo Tin 2010 -2013
29.Mohd Shaid Hj. othman 2013 - 2019
30. Hj Jupry@ jupary Bin Etok 2019 -2020
31. Abdul Bin Imam Basirun 2020 - Hingga Kini

Kawasan Pilihanraya Daerah Beaufort

Dewan Undangan Negeri
N.31 Membakut - YB. Datuk HJ. Mohd. Ariffin Bin Hj. Mohd. Arif
N.32 Klias - YB. Datuk Isnin Hj. Aliasnih
N.34 Lumadan - YB Tuan Hj. Ruslan Bin Muharram

Parlimen
P.176 Kimanis - YB Datuk Mohamad Alamin
P.177 Beaufort - YB. Datuk Hjh. Azizah DSP Hj. Mohd Dun
P.178 Sipitang - YB Tuan Haji Yamani Hafez Bin Musa