img

Perutusan

img

PERUTUSAN PEGAWAI DAERAH BEAUFORT

Assalammualikum dan Salam Sejahtera"

Sekalung tahniah diberikan kepada jawatankuasa laman web Pejabat Daerah Beaufort yang telah menghasilkan satu lagi wadah perhubungan masa kini dalam usaha kita memperbaiki lagi mutu perkhidmatan dan penyampaian kepada masyarakat. ini bertepatan dengan fungsi Pejabat Daerah iti sendiri dalam mengetuai pentadbiran didalam daerah dan menjadi penghubung antara kerajaan dengan masyarakat terutamanya diluar bandar.

Pejabat Daerah Beaufort sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disediakan agar dapat memenuhi keperluan warga Beaufort khususnya.. Justeru, antara usaha kami kearah itu ialah melalui pembinaan laman web ini yang mana tujuan utamanya adalah untuk menyalurkan info terkini berkaitan daerah Beaufort dan sebagai wadah perhubungan alam maya antara Pejabat Daerah Beaufort dengan masyarakat luar bandar khasnya di Daerah Beaufort. Besarlah harapan kami agar ia dapat menjadi sebahagian sumber maklumat serta sebagai bahan rujukan penting yang boleh dikongsikan bersama dan dapat memberi input yang berguna kepada semua pelayar laman web ini. segala info yang disalutkan dapat digunakan kearah kebaikan semata-mata.

pihak Pejabat Daerah Beaufort mengalu-alukan untuk warga beaufort dan masyarakat diluar sana untuk melayari laman web kami ini. Segala kekurangan adalah kekhilafan yang tidak disengajakan.

Selamat Melayari Portal Rasmi Pejabat Daerah Beaufort


Sekian dan salam hormat.

ABDUL BIN IMAM BASIRUN

Pegawai Daerah Beaufort